Ahad, 29 Mei 2011

kisah si bayi dan juga ibunya

di sebuah bandar terlihat seorng ibu yang tengah mengendong bayi kecilnya utuk pergi mencari sesuap nasi untuk di makan. keadaan wanita sangat comot sekali,tetapi bayinya sangat bersih dan wangi sekali,mengapa?
sepanjang perjalanan ibu dan si bayi,ibunya berbual2 dengan bayinya itu,
ibu: "anak ku,kamu lapar ke,?, maafkan ibu sebab xdapat berikan kemewahan padamu sayang,"
Bayi: tak apa lah ibu,ibu sudah menjaga dan melahirkan ku itu sudah cukup bersyukur aku pada tuhan ibu,kerana dapat melihat dunia ini ibu.
Ibu: maafkan ibu sebab melahirkan mu tanpa kasih sayang seorng ayah.
Bayi: kemana perginya lelaki yang bergelar ayah itu ibu?
Ibu: pergi meninggalkan ibu dan kamu kerana terlalu mencintai dan menyayangi diri ini sayang.
Bayi: adkah benar kata2 mu ibu,yang dirinya sangat menyayangi diri ini.
Ibu menitiskan air matanya di pipi si bayi.
Bayi: kenapa ibu menangis
Ibu: kerana mengingati kata2 ayahmu kepada ibu.
Bayi: apa kata ayah kepadamu ibu?
Ibu: buanglah kamu sekiranya ibu masih menyayangi ayahmu.
Bayi: jadik ibu tidak menyayangi ayah?
Ibu: kenapa kamu berkata begitu?
Bayi: sebab ibu tidak membuangku,bermaksud ibu tidak sayang pada ayah,betul?
Sekali lagi si ibu menitiskan air mata jernihnya di pipi si bayi.
Ibu: anak ku kadang2 apa yang di maksudkan orng dewasa kamu tidak akan faham,
Bayi: kenapa pulak begitu?
Ibu hanya mendiamkan diri sahaja.
Bayi: ibu bila saya dewasa nanti saya ingin menyayangi ibu sepenuh hati saya,saya tak akan membuang ibu atau mencampak kan ibu kemana2 kerana ibu telah melahirkan saya walaupun ayah tidak lagi menyayangi dirimu ibu.
Ibu memeluk erat bayinya itu,dan mencium beberapa kali pada bayinya itu.

Dalam perjalanan mereka,ibu ternampak si ayah bersama isterinya serta anak2 mereka.
Bayi: ibu kenapa terdiam dan tidak meneruskan perjalanan.
Ibu: ibu sedang melihat kebahagian ayahmu sayang.
Bayi : kenapa ayh begitu gembira,tetapi ibu pula bersedihan.
Ibu: ibu bukan bersedih tetapi gembira melihat mereka bahagia.
Bayi: betul ke ibu,andai aku boleh berkata dan berjalan ingin aku memeluk ayah ku ibu.
Ibu: kamu merindui ayahmu?
Bayi: ya ibu, boleh kah aku berjumpa dengan nya ibu.
Si Ibu pun membawa si bayi berjumpa dengan si Ayah.
Ibu : abang boleh kah,abang melihat dan mengendong bayimu ini.
Ayah: kamu,apa kamu buat disini. bukan kah aku menyuruh kamu membuang bayi ini.
Si ayah terkejut dengan kehadiran si Ibu.
Ibu : abang haruskah aku membuang tanda lambang kasih dan cinta kita ini.
Ayah : tapi aku tidak lagi menyayangi dirimu.
Ibu: tidak kah kamu kasihan pada bayiku yang ingin melihat ayahnya.
Ayah: itu aku tidak peduli,kerana itu bukan anak aku.
Ibu: sanggup kamu berkata begitu padaku, tak apa kalau kamu tidak menganggp dirimu sebagai ayah kepada bayi ku,tetapi kamu lihat lah bayi ku ini.
Ayah : pergi kamu dari sini jangan nak rosak kan rumah tangga aku,itu bukan anak aku.

Si ibu berlalu pergi dari si ayah.
Bayi: ibu,ayah tidak mahu melihat aku kah?
Ibu: maafkan ibu sayang,ayahmu banyak kerja dan tiada masa untuk melihat dirimu.
Bayi: tak apa lah ibu,mungkin lain kali kita akan pergi berjumpa dengan dia lagi yek.
Ibu teruskan berjalan,si ayah hanya memerhati dari jauh sahaja.
Ibu: anak ku jika diriku ini tidak lagi ada di dunia ini,kamu jadik lah insan yang berguna ya sayang jangan kamu jadik seperti ayahmu ya,sayang
Bayi : ibu ku mahu pergi kemana? kenapa ingin meninggalkan aku seorng diri.
Ibu: andai suatu hari nanti aku pergi meninggalkan mu,jangan lah kamu risau,kamu akan dapat melihat ayahmu dan dapat kasih sayang darinya.
Bayi: tapi ibu mahu kemana...
Si ibu hanya mendiamkan diri sahaja,di perjalanan itu,si ibu ingin melintas jalan tetapi....Nauzubillah...ibu dan si bayi telah dilanggar oleh sebuah kereta.......tercampak dan tergolek si ibu yang memeluk erat bayinya itu jatuh keatas jalan raya,alhamdulillah si bayi masih hidup kerana dapat pelindungan dari si ibu,tetapi si ibu telah menghembuskan nafas di tempat kejadian, orng ramai semakin mengerumun kawasan kejadian,ada yg cuba menyelamatkan si bayi dan ada juga yang sedang menelefon ambulan, tangisan si bayi telah memecahkan ruang yang ada,
Bayi: ibu,bangun lah,kenapa ramai orng ini ibu,kenapa badan ibu banyak darah,kenapa ibu tak bergerak,tidak sayang kah ibu kepada ku..ibuuu.....
tangisan bayi itu terus kedengaraan,tangisan kesedihan si bayi..
dalam kekecohan itu si ayah datang untuk melihat apa yang berlaku,dan mendapati si ibu sudah longai di atas jalan bersama tangisan si bayi...
si ayah tertunduk kaku disitu,melihat ada tangisan di matanya....si ayah mengangkat si bayi dan mengendong si bayi, akhirnya si ayah melihat si bayi,rupa si bayi sangat mirip wajah nya...si ayah menangis di sisi si bayi...
Ayah: maafkan aku...kerana tidak menganggap kamu sebagai anak ku..
Bayi: ibu akhirnya aku dapat melihat wajah ayah ku, ibu adakah dia akn menjagaku dengan baik nanti...ibu jawablah...kenapa ibu diam jek nie,aku ingin ikut kamu ibu,bawalah aku bersama-sama mu ibu.....
Tangisan si bayi terus mengegarkan tempt kejadian...
si ibu tidak dapat di selamat kan lagi....
sekian....
p/s: cerita nie hanya rekaan saya sahaja sebagai nasihat dan tauladan anda semua....



 




Mutiara Doa

Devil>Doa untuk menghilangkan rasa marah

“ aku berlindung diri dengan Allah dari syaitan yang terkutuk; Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku,dan lepaskanlah aku dari syaitan yang terkutuk.’

Sad smile> Doa ketika menghadapi kesusahan tidur

“ tiada tuhan kecuali hanya Engkau. Maha suci Engkau; Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menganiaya diri.”

> Doa mohon taubat

“ Wahai Tuhanku, maafkanlah aku kerana sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Pemaaf dan mempunyai Kemuliaan.”

> Doa ketika mengambil wuduk

“ Tuhanku,ampunilah segala dosaku,luaskanlah (lapangkanlah) rumah tanggaku dan berkatilah untukku rezekiku.”

> Doa apabila masuk rumah

“ Dengan nama Allah kami masuk (kerumah),dengan nama Allah kami keluar ( darinya) dan kepada Allah kami bertawakal.”

> Doa ke masjid

“ Ya Allah,jadikan cahaya di hatiku,cahaya di lidahku,cahaya di pendengaranku,cahaya di penglihatanmu, cahaya dari belakangku, cahaya dari mukaku, cahaya dari atasku dan cahaya dari bawahku,Ya Allah,berilah aku cahaya”

> Doa masuk masjid

“ Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Agung, pada wajah-Nya yang tidak ada permulaan-Nya dari syaitan terkutuk. Dengan nama Allah dan semoga selawat dan salam tercurah kepada Rasullah s.a.w. Ya Allah,bukalah pintu rahmat-Mu untukku.”

> Doa keluar dari masjid

“ dengan nama Allah, semoga selawat dn salam terlimpahkan kepada Rasullah. Ya Allah, sesungguhnya aku minta kepada-Mu dengan keutamaan-Mu. Ya Allah, peliharalah aku dari godaan syaitan yang terkutuk.”

Islam of the future

Jumaat, 13 Mei 2011

cerita seorang wanita yang di gelar perampas…

 

Cerita dimana dirinya di anggap perampas suami seornag wanita lain..

kisah ini mengisahkan wanita bernama N berumur 18 thun( tahun 2007) yang baru sahaja tamat menduduki SPM, dia seorng wanita yang sangat mementingkan pelajaran nya.

images

di saat menunggu keputusan SPm N telah berkerja sambilan di sebuah kilang, di ketika itu N mempunyai teman istemiwa yng N sudah mengenali ketika N di tingkatan 4,N sangat menyayangi lelaki itu, kerana itu adalah cinta pertama nya,..

N mempunyai kawan perempuan yang sangat rapat dengan dirinya,kawan yang N anggap tempat beliau meluahkan rasa, tetapi kebaikkan kawannya itu rupanya mempunyai satu niat jahat tersimpan, niat jahat seorng kawan yg ingin merampas kekasih rakan nya itu.

setelah mengetahui kawan baiknya mencintai kekasihnya, N mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dan membiarkan meeka bersama. tetapi rakanya itu telah di tolak oleh kekasihnya dan keksihnya ingin bersama dengan nya. ketika itu N tidak lagi menerima kekasihnya itu, dan mngambil keputusan untuk berpisah dengan dirinya. ingatkan kawannya akan perg jauh darinya tetapi telah melempar fitnah yang begitu buruk tentang diri N kepada keluarganya. oleh kerana tidak dapat mnerima tuduhan dan fitnah N mengambil keputusan untuk pergi meninggalkan rumah dan tidak akan kembali.

N telah membawa dirinya ke KL,disana dia mempunyai seorng kawan lelaki bernama K, disana mereka berjumpa wat kali pertama setelah mengenali K melalui telefon selama hampir 3 tahun, oleh kerana N tidak ada tempat untuk di tuju beliau pun berjumpa dgn K yng tidak di rancang dari awal. K memang lelaki yang sangat baik kepada N walaupun N tahu yang K adalah seorng penagih dadah jenis Ganja, K menasihati N untuk pulang kerana dia tahu yang ibubapa N akan sangat merisau dirinya. N mendengar kata2 nasihat dari K. beliau pulang menemui ibubapanya.

oleh kerana dirinya telah melukai diri ibu bapanya N berjanji akan berjaya dalam hidupnya, keputusan SPM telah pun keluar dengan tidak begitu membanggakan diri N, di ketika itu dia ingin melanjutkan pelajaran nya tetapi beliau ingin berkerja dahulu..selama 2 tahun N berkerja keras akhirnya N dapat memenuhi cita2nya dengan memiliki sebuah kereta.

di ketika lingkungan 2 tahun N berkerja, N mengenali R seorang lelaki yang begitu baik, dan memahami dirinya, perkenalan beliau bermula di laman sosial YM, di sana R banyak memberi kata2 semangat kepada N sehingga N jatuh cinta kepada diri R, tetapi dalam waktu perkenalan itu N mendapat tahu yang diri R sudah pun mempunyai isteri dan seorang anak perempuan. N begitu marah kepada R kerana menipui dirinya. N mengundurkan diri dan R pun menghilang tetapi di saat itu N sangat merindui R. tidak sampai sebulan R muncul semula memohon kemaafan dari N dan meminta N menerima dirinya dan sanggup untuk menjadi isteri ke2 R. oleh kerana cinta dan sayang pada R, N memutuskan untuk terus bersama R dan menjadi yang ke 2 dalam kehidupan J. tetapi mereka merancang dan tuhan yang menentukan.

Akhirnya N menyambungkan pelajaran nya pada tahun 2010 pada umur 20 tahun, beliau memilih KL tempat beliau melanjutkan pelajaran kerana ini akan mendekatkan lagi dirinya dengan R, kerana R berasal dari KL, jadi tak perlu R setiap 2 minggu akan pergi ketempatnya untuk berjumpa dengan nya dan keluarganya. di KL beliau mula mendekatkan dirinya pada S yang dikenalinya semasa di JB. S mengetahui diri N berkawan dengan suami orng dan S selalu menasihati diri N. di KL hubungan yang N sangka semakin rapat rupanya menjadi terbalik, R semakin lupa akan dirinya dan semakin melupai dirinya. pada suatu masa itu, N mendapat panggilan dari seorng yang begitu beliau mengenali istri R. akhirnya N sedar dia tidak boleh menjadi yang ke2 walaupun dirinya sangat mencintai R sehingga sekarang. dia masih ingat kta2 R, “ awak saya akan tunggu awak sampai awak habis belajar ok” kata2 itu menjadi kekuatan bagi N, walaupun dia tahu kata2 itu semua pembohongan dari R. akhirnya beliau berkawan dengan S, S memang seorng yg baik bagi N, mengikuti apa yng di suruh oleh N, disaat susah mahupun senang, S banyak menyenangkan hati N, tetapi N buta dengan cinta dari R, beliau menganggap S sebagai kekasih di saat beliau sedih dan memerlukan, N tahu yang dia tidak mencintai diri S.. oleh kerana S tidak menghalang dengan siapa N ingin berkawan, N menjadi semakin rosak, tabiat yang dulu di janjikan pada R untuk berhenti N ulangi…

di saat hampir setahun perkenalan N dengan S, N berkenalan dengan B, lelaki yang beliau rasakan begitu pelik..di ketika S mengetahui N mempunyai lelaki yang beliau sayangi seperti mana N menyayangi R. S menjadi lupa pada dirinya dan menyeksa hidup N, S bagaikan orng yng sudah gila memukul N tanpa belas kesihan walaupun S tahu yang N tidak mencintai dirinya, dan beliau tidak pernah berjanji untuk bercinta. N tahu yang S mencintai dirinya, tetapi dia tidak dapat menerima S kerana kelakuan S pada dirinya. hubungan S dan berakhir pada ulang tahun N yang ke 20.

ketika itu detik percintaan N bersama B, lelaki yang sangat dia cintai lebih dari dia mencintai R. ketika itu N begitu tidak menyangka yang B sama seperti R, masih mempunyai isteri.

berbeza dengan B, B memberitahu N bahawa dirinya sudah bercerai dan mempunyai 2 orng anak. diri N menerima B kerana bukan lelaki yang di gelar suami lagi. kerana N menggangap biarlah kejadian dengan R tidak akan berulang lagi. kerana dia tahu bagaimana perasaan begitu teruk menjadi orng ke 3.bagaimana perasaan sedih menghantui dirinya,perasaan serba salah,perasaan dipinggirkan, perasaan yang harus menunggu dan terus menunggu. sehingga pelajaran nya tidak dia tumpukan.

Emo-love[1]

berbalik pada cerita N dan B, B begitu baik pada N,melayani kerenah N yang manja dan kadang2 buat orng sakit hati. di saat mengenali B, N kembali menjadi insan yang baik perubahan yang begitu menandak dari N, N kini lebih fokus belajar dan jarang main2..dan paling N tidak percaya dia sudah tidak berhubung dengan skandal2 nya dulu yang beliau kenal semasa berkawan dengan S. N menjadi lebih setia dan mencintai diri B, N rasa biarlah diri B menjadi terakhir bagi dirinya. dalam tempoh perkenalan memang B sentiasa bersama N, N lansung tidak merasa syak kepada B yang masih bergelar suami orng. sampai pada suatu ketika pembohongan B terbongkar dan N begitu sedih dengan semua ini, dia memang telah sangat melukai hati seorng wanita sekali lagi,

hatinya pada ketika itu sangat runsing sekali, apa yang harus dia lakukan, kerana dirinya sangat mencintai diri B terlalu sangat, apakah dia harus melepaskan diri B pergi dan tak akan menggangu dirinya lagi, dan membiarkan sahaja kisah cinta B dan N hanya sebuah mimpi sahaja. N begitu tertekan saat itu.

N mengambil keputusan, setelah semua ini berlaku, setelah dia telah di gelar perempuan perampas dia mengambil keputusan menyuruh B menceraikan isterinya, kalau mereka benar2 tidak bahagia lagi.

B berjanji pada diri N yang akan melepaskan isterinya, N kini lebih puas, tapi semua itu hanya ucapan dari B, N benar2 tidak tahu adakah B betul2 ikhlas mencintai dirinya sebagaimana N mencintai diri B. N mendapat panggilan telefon setelah beberapa hari mengetahui penipuan B, isteri B menelefon dan ingin berjumpa dengannya. N pun terus berjumpa setelah isteri B sampai di tempat yang di janjikan.

setelah bercerita2 tentang rumah tangga mereka, dan mendengar tangisan penyesalan dari isteri B, hati N ketika itu begitu sebak mendengarnya. hatinya saat itu ingin menagis dengan perubatan yang telah dia lakukan, penyesalan yang tidak dia jangka kan. akhirnya isteri B akan menfailkan penceraian keatas B. hati N ketika itu berasa sedikit tenang tapi adakah hati yang tenang itu membuktikan dirinya akan terus tenang.

tanpa N menyangka penipuan diri B diketahui oleh keluarganya, hati keluarganya saat itu bagaikan rapuh dan punah segala harapan yang mereka berikan pada diri B. isteri B telah memberitahu semua tentang diri B pada keluarga N, dan keluarga N menyuruh N melupakan B dan menjauhi diri B. tapi hati N tidak dapat melakukan semua itu kerana dirinya begitu sayang pada diri B.

kini hidup N penuh dengan tanda tanya, adakah dia akan terus bersama B sehingga akhirnya atau dia akan mendengar nasihat dari orang tua nya.

adakah dalam semua yang berlaku dalam hidupnya harus dia persalahkan?kini N berharap biarlah semua ini di takdirkan oleh tuhan, sekarng N lebih fokus pada pelajaran nya, dan tidak akan memikirkan mana2 laki2 dalam hidupnya…dan biarlah B berbahagia dengan insan yang dia betul2 sayangi, kerana N tahu yang dia tidak boleh lagi menerima B sebagai kekasihnya, kerana apabila dia melihat wajah B dia akan lebih rasa sangat2 serba salah dalam semua yang berlaku…The End-

Copy of 965702266l

Rabu, 11 Mei 2011

Sembilan petua doa dimakbul

BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab.

1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak."

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. "Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. "Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."

7. Ata bin Abi Rabah berkata: "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."

8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: 'Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.'

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."

dipetik dari metro