Jumaat, 13 Mei 2011

cerita seorang wanita yang di gelar perampas…

 

Cerita dimana dirinya di anggap perampas suami seornag wanita lain..

kisah ini mengisahkan wanita bernama N berumur 18 thun( tahun 2007) yang baru sahaja tamat menduduki SPM, dia seorng wanita yang sangat mementingkan pelajaran nya.

images

di saat menunggu keputusan SPm N telah berkerja sambilan di sebuah kilang, di ketika itu N mempunyai teman istemiwa yng N sudah mengenali ketika N di tingkatan 4,N sangat menyayangi lelaki itu, kerana itu adalah cinta pertama nya,..

N mempunyai kawan perempuan yang sangat rapat dengan dirinya,kawan yang N anggap tempat beliau meluahkan rasa, tetapi kebaikkan kawannya itu rupanya mempunyai satu niat jahat tersimpan, niat jahat seorng kawan yg ingin merampas kekasih rakan nya itu.

setelah mengetahui kawan baiknya mencintai kekasihnya, N mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dan membiarkan meeka bersama. tetapi rakanya itu telah di tolak oleh kekasihnya dan keksihnya ingin bersama dengan nya. ketika itu N tidak lagi menerima kekasihnya itu, dan mngambil keputusan untuk berpisah dengan dirinya. ingatkan kawannya akan perg jauh darinya tetapi telah melempar fitnah yang begitu buruk tentang diri N kepada keluarganya. oleh kerana tidak dapat mnerima tuduhan dan fitnah N mengambil keputusan untuk pergi meninggalkan rumah dan tidak akan kembali.

N telah membawa dirinya ke KL,disana dia mempunyai seorng kawan lelaki bernama K, disana mereka berjumpa wat kali pertama setelah mengenali K melalui telefon selama hampir 3 tahun, oleh kerana N tidak ada tempat untuk di tuju beliau pun berjumpa dgn K yng tidak di rancang dari awal. K memang lelaki yang sangat baik kepada N walaupun N tahu yang K adalah seorng penagih dadah jenis Ganja, K menasihati N untuk pulang kerana dia tahu yang ibubapa N akan sangat merisau dirinya. N mendengar kata2 nasihat dari K. beliau pulang menemui ibubapanya.

oleh kerana dirinya telah melukai diri ibu bapanya N berjanji akan berjaya dalam hidupnya, keputusan SPM telah pun keluar dengan tidak begitu membanggakan diri N, di ketika itu dia ingin melanjutkan pelajaran nya tetapi beliau ingin berkerja dahulu..selama 2 tahun N berkerja keras akhirnya N dapat memenuhi cita2nya dengan memiliki sebuah kereta.

di ketika lingkungan 2 tahun N berkerja, N mengenali R seorang lelaki yang begitu baik, dan memahami dirinya, perkenalan beliau bermula di laman sosial YM, di sana R banyak memberi kata2 semangat kepada N sehingga N jatuh cinta kepada diri R, tetapi dalam waktu perkenalan itu N mendapat tahu yang diri R sudah pun mempunyai isteri dan seorang anak perempuan. N begitu marah kepada R kerana menipui dirinya. N mengundurkan diri dan R pun menghilang tetapi di saat itu N sangat merindui R. tidak sampai sebulan R muncul semula memohon kemaafan dari N dan meminta N menerima dirinya dan sanggup untuk menjadi isteri ke2 R. oleh kerana cinta dan sayang pada R, N memutuskan untuk terus bersama R dan menjadi yang ke 2 dalam kehidupan J. tetapi mereka merancang dan tuhan yang menentukan.

Akhirnya N menyambungkan pelajaran nya pada tahun 2010 pada umur 20 tahun, beliau memilih KL tempat beliau melanjutkan pelajaran kerana ini akan mendekatkan lagi dirinya dengan R, kerana R berasal dari KL, jadi tak perlu R setiap 2 minggu akan pergi ketempatnya untuk berjumpa dengan nya dan keluarganya. di KL beliau mula mendekatkan dirinya pada S yang dikenalinya semasa di JB. S mengetahui diri N berkawan dengan suami orng dan S selalu menasihati diri N. di KL hubungan yang N sangka semakin rapat rupanya menjadi terbalik, R semakin lupa akan dirinya dan semakin melupai dirinya. pada suatu masa itu, N mendapat panggilan dari seorng yang begitu beliau mengenali istri R. akhirnya N sedar dia tidak boleh menjadi yang ke2 walaupun dirinya sangat mencintai R sehingga sekarang. dia masih ingat kta2 R, “ awak saya akan tunggu awak sampai awak habis belajar ok” kata2 itu menjadi kekuatan bagi N, walaupun dia tahu kata2 itu semua pembohongan dari R. akhirnya beliau berkawan dengan S, S memang seorng yg baik bagi N, mengikuti apa yng di suruh oleh N, disaat susah mahupun senang, S banyak menyenangkan hati N, tetapi N buta dengan cinta dari R, beliau menganggap S sebagai kekasih di saat beliau sedih dan memerlukan, N tahu yang dia tidak mencintai diri S.. oleh kerana S tidak menghalang dengan siapa N ingin berkawan, N menjadi semakin rosak, tabiat yang dulu di janjikan pada R untuk berhenti N ulangi…

di saat hampir setahun perkenalan N dengan S, N berkenalan dengan B, lelaki yang beliau rasakan begitu pelik..di ketika S mengetahui N mempunyai lelaki yang beliau sayangi seperti mana N menyayangi R. S menjadi lupa pada dirinya dan menyeksa hidup N, S bagaikan orng yng sudah gila memukul N tanpa belas kesihan walaupun S tahu yang N tidak mencintai dirinya, dan beliau tidak pernah berjanji untuk bercinta. N tahu yang S mencintai dirinya, tetapi dia tidak dapat menerima S kerana kelakuan S pada dirinya. hubungan S dan berakhir pada ulang tahun N yang ke 20.

ketika itu detik percintaan N bersama B, lelaki yang sangat dia cintai lebih dari dia mencintai R. ketika itu N begitu tidak menyangka yang B sama seperti R, masih mempunyai isteri.

berbeza dengan B, B memberitahu N bahawa dirinya sudah bercerai dan mempunyai 2 orng anak. diri N menerima B kerana bukan lelaki yang di gelar suami lagi. kerana N menggangap biarlah kejadian dengan R tidak akan berulang lagi. kerana dia tahu bagaimana perasaan begitu teruk menjadi orng ke 3.bagaimana perasaan sedih menghantui dirinya,perasaan serba salah,perasaan dipinggirkan, perasaan yang harus menunggu dan terus menunggu. sehingga pelajaran nya tidak dia tumpukan.

Emo-love[1]

berbalik pada cerita N dan B, B begitu baik pada N,melayani kerenah N yang manja dan kadang2 buat orng sakit hati. di saat mengenali B, N kembali menjadi insan yang baik perubahan yang begitu menandak dari N, N kini lebih fokus belajar dan jarang main2..dan paling N tidak percaya dia sudah tidak berhubung dengan skandal2 nya dulu yang beliau kenal semasa berkawan dengan S. N menjadi lebih setia dan mencintai diri B, N rasa biarlah diri B menjadi terakhir bagi dirinya. dalam tempoh perkenalan memang B sentiasa bersama N, N lansung tidak merasa syak kepada B yang masih bergelar suami orng. sampai pada suatu ketika pembohongan B terbongkar dan N begitu sedih dengan semua ini, dia memang telah sangat melukai hati seorng wanita sekali lagi,

hatinya pada ketika itu sangat runsing sekali, apa yang harus dia lakukan, kerana dirinya sangat mencintai diri B terlalu sangat, apakah dia harus melepaskan diri B pergi dan tak akan menggangu dirinya lagi, dan membiarkan sahaja kisah cinta B dan N hanya sebuah mimpi sahaja. N begitu tertekan saat itu.

N mengambil keputusan, setelah semua ini berlaku, setelah dia telah di gelar perempuan perampas dia mengambil keputusan menyuruh B menceraikan isterinya, kalau mereka benar2 tidak bahagia lagi.

B berjanji pada diri N yang akan melepaskan isterinya, N kini lebih puas, tapi semua itu hanya ucapan dari B, N benar2 tidak tahu adakah B betul2 ikhlas mencintai dirinya sebagaimana N mencintai diri B. N mendapat panggilan telefon setelah beberapa hari mengetahui penipuan B, isteri B menelefon dan ingin berjumpa dengannya. N pun terus berjumpa setelah isteri B sampai di tempat yang di janjikan.

setelah bercerita2 tentang rumah tangga mereka, dan mendengar tangisan penyesalan dari isteri B, hati N ketika itu begitu sebak mendengarnya. hatinya saat itu ingin menagis dengan perubatan yang telah dia lakukan, penyesalan yang tidak dia jangka kan. akhirnya isteri B akan menfailkan penceraian keatas B. hati N ketika itu berasa sedikit tenang tapi adakah hati yang tenang itu membuktikan dirinya akan terus tenang.

tanpa N menyangka penipuan diri B diketahui oleh keluarganya, hati keluarganya saat itu bagaikan rapuh dan punah segala harapan yang mereka berikan pada diri B. isteri B telah memberitahu semua tentang diri B pada keluarga N, dan keluarga N menyuruh N melupakan B dan menjauhi diri B. tapi hati N tidak dapat melakukan semua itu kerana dirinya begitu sayang pada diri B.

kini hidup N penuh dengan tanda tanya, adakah dia akan terus bersama B sehingga akhirnya atau dia akan mendengar nasihat dari orang tua nya.

adakah dalam semua yang berlaku dalam hidupnya harus dia persalahkan?kini N berharap biarlah semua ini di takdirkan oleh tuhan, sekarng N lebih fokus pada pelajaran nya, dan tidak akan memikirkan mana2 laki2 dalam hidupnya…dan biarlah B berbahagia dengan insan yang dia betul2 sayangi, kerana N tahu yang dia tidak boleh lagi menerima B sebagai kekasihnya, kerana apabila dia melihat wajah B dia akan lebih rasa sangat2 serba salah dalam semua yang berlaku…The End-

Copy of 965702266l

Tiada ulasan: