Ahad, 2 Jun 2013

Menulis blog dimana sahaja

Selamat malam semua..hari ini aku nak kongsi sikit lah pasal kemudahan telefon sekarang ni..
Sekarang ini bila-bila masa kita boleh tulis blog kita tak kira dimana..dengan menggunakan aplikasi mudah alih di telefon bimbit sahaja..kalau korang guna telefon mudah alih jenis samsung korang boleh pergi dekat playstore lepas tu download blogger dan open..sekarang ini dekat dalam bilik air pun kita boleh tulis tanpa menunggu nak balik umah bukak laptop memang jap lagi idea yang kita nak buat tu berjam-jam lah nak fikir balik kan..heheh

Isnin, 20 Mei 2013

Saluran Informasi Anda: 5 Kes Murtad Paling Top di Malaysia

Saluran Informasi Anda: 5 Kes Murtad Paling Top di Malaysia: Gambar ikhsan dari Blog Minda Malaysia. Ini lagi satu gambar seekor mangkuk yang penulis dapat dari sebuah blog. Kenapa makin banyak kes-kes...

Sabtu, 4 Mei 2013

Bila aku mahu berubah,..??

Assalamualaikum...

Hidup ini memang banyak cabaran untuk kita tempuhi,..bagiku aku sudah melalui semua liku-liku kehidupan yang penuh denan onak duri ini,..ada kala kita jatuh ada kala kita berdiri,..ini semua dugaan yang berat untuk kita diuji,.. kalau tiada ini semua senang lah hidup kita,..tiada masalah yang mampu kita fikirkan...
Kehidupan manusia juga tidak lari dari membuat kesilapan begitu juga aku, begitu juga kamu? betul bukan.. tapi kalau kita berusaha untuk berubah rasanya tak akan kemana tapi aku terlalu banyak mempermainkan kata-kata untuk aku berubah! aku tidak tahu kenapa setiap kali aku ingin berubah menjadi yang lebih baik pasti aku akan buat separuh jalan!! aku tidak mahu benda itu terus terjadi,..memang dalam diri aku sudah aku simpan kata-kata untuk aku berubah tapi kata-kata itu seperti tidak penting dalam hidup aku,.adakah kerana aku tidak sayang pada diriku dan lebih suka hidup di selubungi dengan dosa! Astarfirullahalazim! jauhkan lah aku dari api neraka itu! memang penekanan untuk aku berubah selalu ada didalam diri aku tetapi aku cukup leka dan bersikap sambil lewa! aku bnyak menghabiskan masa-masa aku berfoya-foya! Ya Allah apa telah aku lakukan ini Ya Allah! bantu lah umat mu ini kejalan benar! aku pasti ramai juga perempuan seperti aku yang ingin berubah tetapi nafsu syaitan lebih banyak menguji kita! adakah niat yang ditanam dalam diri itu tidak cukup kuat selain usaha yang perlu kita lakukan.! ya! usaha! kalau tiada usaha benda ini tidak akan terjadi! tapi adakah juga sebab pergaulan sekeliling yang aku jalani lebih kepada kawan-kawan yang bukan seagama dengan ku menjadikan aku susah untuk berubah? tidak juga! kenapa kita perlu mempersalahkan kawan-kawan padahal kita tahu diri kita,dosa pahala! aku malu! ada juga kawan-kawan tidak seagama pernah menyindir aku! apakah ini! menunjukkan agama islam bukan agama yang baik kepada mereka! menunjukkan agama islam ini mudah untuk dipermainkan! oh! ya Allah dosa kah aku membuatkan orang bukan islam memandang rendah kepada agama kita! Nauzubillah..! kenapa? kenapa benda-benda ini berlaku dan kenapa baru kini aku sedar dengan semua yang berlaku dan aku masih belum puas sehingga kini menjalani kehidupan didunia ini. Ya Allah, ya Tuhan! apa mahu jadi dengan diri ku ini ya allah! tiada guna aku menitis kan air mata sekali pun jika aku masih belum berubah meminta keampunan kepada-Mu! meminta keampunan ? rasanya aku pernah menagis memehon kepadamu memaafkan diri aku ini, tapi lihat lah aku kini masih belum berubah!

Aku berharap agar pintu hati aku akan terbuka untuk aku menjadi wanita yang solehah, menjadi anak yang solehah dan menjadi isteri yang solehah suatu hari nanti untuk aku membimbing anak-anak aku kejalan yang benar! Amin.... :'( :(

:: dari niat aku yang paling dalam aku berani mencerita kan ini, tidak kisah apa orang kata aku mahu menjadi diri aku sendiri...